Wish You Were Here..
SAYA BELAJAR

SAYA BELAJAR, bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya, saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cinta.
SAYA BELAJAR, bahawa persahabatan sejati senantiasa bertumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh, beberapa di antaranya melahirkan cinta sejati.
SAYA BELAJAR, bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,mereka pasti pernah melukai perasaan saya, dan untuk itu saya harus memaafkannya.
SAYA BELAJAR, bahawa tidak ada yang instant atau serba cepat di dunia ini, semua butuh proses pertumbuhan kecuali saya ingin sakit hati.
SAYA BELAJAR, bahawa saya punya hak untuk marah, tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis, atau menyalahkan orang lain untuk kesedihan dan kekecewaan kita.
SAYA BELAJAR, bahawa orang-orang yang saya sayangi justru sering diambil segera dari kehidupan saya, bahkan kadang2 hal itu terjadi sebelum kita menyedari perasaan kita yang sesungguhnya.
SAYA BELAJAR, bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan dengan orang yang saya cintai … (atau mungkin, tanpa kata2 sama sekali…)
SAYA BELAJAR, bahawa butuh waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya.
SAYA BELAJAR, bahawa orang yang saya kira adalah orang yang kadang2 justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali serta orang yang begitu perhatian pada saya …
SAYA BELAJAR, bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan, bukan berarti bahwa dia tidak mencintai saya. (atau org yang menunjukkan perhatian seperti yang kita inginkan, bahkan lebih, bukan berarti dia menyayangi kita sebanyak itu.
SAYA BELAJAR, bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki, tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya .
SAYA BELAJAR, bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya.
SAYA BELAJAR, bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain, kalau tidak mau dikuasai perasaan bersalah terus menerus, dan untuk “meneruskan” hidup.
SAYA BELAJAR, bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda, tapi kadang dari sudut pandang yang berbeda, mungkin bagi yang satu, sesuatu hal terlihat sangat remeh, tapi bisa jadi itu adalah hal besar bagi yang lain.
SAYA BELAJAR, bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya, tapi saya harus bertanggung jawab untuk apa yang saya telah lakukan.
Semoga SAYA BELAJAR dari apa yang saya lalui.
#sumbercopyrightKAMU.
Kau Aku ??
i dont expect nothing, u'll know someday
:'(
masih tertanya
:)
im carry on..
Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.
Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
ALLAH tak bagi kita rama-rama yang cantik.tetapi ALLAH bagi kita ulat beluncas sebelum kita mendapat seekor rama-rama yang cantik.
'' Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.''
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".
Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.
....:''(
GOD bless you!!
THANKS for a milliom m&m for u-know-who-u-are!~
What a beautiful games u gave! completely im honest.whole thing kinda freaks me out.! so,uhh...
its kinda to put my finger on u..wth!i wish in every single prayer all doubts are removed..
susah taw.susah!.oppsss.lupa.u never know that.u'll never know how it felt.!
i don't even know what else to do.Allah will help me through this whole thing.
and and and you! this kind of things are finally patched and I am in one piece again.
im scream it loud,
Thanx you!!
.......................................................................................................
Allah bless ur every single day.
-lil rabby-
i just wanna get my life back..
Tak WAJIB TAYANG..
dreams, fears, or anything else i want to write.
Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki??
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Kamu, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kamu, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Semoga kiTA tak tersalah pilih.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...
-credit to iluvislam-
Alhamdulillah
Mess up!
'' if i hug someone,they will hug me back ''
do unto others as u would have them do unto u too.

Posted by




