0

♥ bermalas-malasan..

zubaidah!!.kenapa kamu malas nak study..kamu banyak buang masa cm tuuuuuuuuu je..bangon2,tampor diri sendiri ckit kasi sedar,kamu dah xpunya masa panjang lagi..tinggal bape hari,bape minggu je nak abes..dah nak grad da..GRAD!.haiyoo.




keje bertambun2 cam bukit da..FYP xsiap lagi..assigment belambak,presentation, test lagi..huhu
pengsan berdiri la nampak gayanya neh..uhuk3='((



so kenapa still bermalas-malasan lagi??cuba paksa rajinkan diri.tak lama dah..cuba beat all the shitty things arOund..-____-






pleaseeeeee paksa diri jangan pikir seme benda yang lalu..jangan seksa diri sampi camni.please..please..please.KUATTT!! ALLAH ada dengan kamu..mereka2 hepi je kat luar sana sedangkan kamu merana seorang diri..kenapa tak nak pikir n sayangkan diri sendiri??.bangon kuatkan semangat , doa semoga ALLAH sentiasa ada dengan kamu.jangan LEMBIKK!='((


0

Perkahwinan – Persiapan Menjadi Seorang Isteri


isteri solehah11 Perkahwinan   Persiapan Menjadi Seorang Isteri

ehsan abg GOOGLE


Mungkin ada diantara kita yang sering tertanya-tanya, bagaimana untuk menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca Al-Quran?.

Mereka ialah yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Secara asasnya, bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.


Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.



Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.



-credit to i luv mama-



*kenapa saya tiba-tiba wat entri pasal kahwin??hehe. saya pon tertanya2 kenapa=,='!..saya tulis nie lpas saya dengar ceramah Ustaz Azhar( http://www.youtube.com/watch?v=r-k_6LPMo0c)

yes saya admit, ceramah2 ustaz azhar nie kadang2 jadi tempat saya rujuk something n kalau saya dengar banyak bagi saya sedar n mugkin sebab dari segi bahasa n ayat2 yang ustaz guna tu lebih dekat dgn saya walaupun kasar bagi orang luar kn..saya bukan lah manusia n WANITA yang sempurna.saya selalu melakukan kesilapan.kadang2 apa yang saya fikir baik untuk saya rupa2nya tak baik dimata orang len..

so, saya memerlukan seseorang yang boleh menegur saya n yang boleh betulkan silap saya.dulu mungkin saya seorang yang susah n lambat nak fikir tentang sesuatu perkara, then nOw im realize bila saya dah mula faham apa yang dah berlaku di sekeliling saya,apa yang berlaku ke atas diri sendiri membuatkan saya lebih matang menilai sesuatu yang terjadi.


YA ALLAH, jadikan aku wanita, seorang anak kepada ibubapaku, bakal isteri kepada bakal suamiku, seorang ibu kepada bakal anak2ku yang sentiasa dibawah rahmatMu..jadikan aku seorang yang taat denganMu, jadikan aku hambaMu yang sentiasa dipelihara oleh kasih sayangMU.

- amin -

0

Insya Allah Bahasa Melayu - Maher Zain | E-Fah.com



Maher Zain – Insha Allah

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan
Tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Kembalilah kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah Doa

Oh Ya Allah..
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku
Ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar….

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Insha Allah.. Insha Allah…..




INSYAALLAH...selagi kita yakin dengan hikmah disebalik ujian ALLAH, pasti ALLAH akan memakbulkan doa hambaNYA. ALLAH tidak akan menguji hambaNYA melainkan mereka2 yang mampu menghadapinya..sO, jika aku adalah salah seorang yang menerima ujian dariNYA, maka yakin lah dengan sesungguhnya aku mampu hadapinya..


DIA tidak akan saja-saja je bagi kita ujian melainkan untuk mendekatkan kita yang semakin lalai n tandaNYA sayangkan kita..dan hikmah disebalik ujian itu mungkin perpisahan ini untuk kebahagiaan bersama untuk masa depan..kalau tak berlaku seme nie mungkin kita tak tahu betapa bernilainya sesuatu yang kita miliki..


kata hati aku kuat dan aku yakin ALLAH nak menguji kami.. dan kata hati aku kuat kerana ALLAH sayangkan kami.INSYAALLAH suatu hari nanti pasti bersama kerana iringan doa selalu bersama.


.aminn=''))



0
YA ALLAH
sesungguhnya jika ini ujian dariMU..

Ya Allah,
Aku memohon perlindungan dariMu Ya Allah...
Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah....
aku harap dapat melalui hidup ini dengan seribu ketakwaan, kesabaran...

Ujian apakah ini Ya Allah....
Aku tidak harus mempersoalkannya..
Ampunkan aku Ya Allah...

Andai ini yang terbaik untuk ku Ya Allah...
Jika ini jalan untuk ku Ya Allah..
Aku Redha Ya Allah..

Cinta Mu cinta yang kekal Ya Allah..
Aku dikhianati oleh cinta manusia
cinta ikhlas ku dibalas dusta oleh manusia..
Hanya cinta Mu Ya Allah..
Yang kekal Selamanya.....
Moga aku bahagia dengan Cinta Mu Ya ALLAH

Back to Top